Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung setia blog ini. Nampak tak perubahan blog ini? Alhamdulillah, tepat jam 3.30pagi saya telah berjaya menyiapkan tema baru yang agak simple dari yang sebelumnya. Masih mengekalkan konsep yang sama : mesti ada doodle, pink dan comel(comel ke?). Fuuuhh, puas saya mencari ilham untuk menyiapkan design. Ketika syok melayan slot cerita ‘Dendam Sarakit’ barulah timbul idea untuk melukis doodle kucing yang besar. Kenapa kucing? Sebab saya sukakan kucing.

Dan ini screenshot untuk bahagian footer. Ada 3 ekor kucing dalam taman. He he.. Tu koleksi doodle yang dah lama saya lukis. Nasib baik saya back-up semua file yang ada sebelum format laptop ni. Kalau tak, hilang lah kesemua koleksi doodle saya.

Akhir sekali, saya merasa tersangatlah hairan kenapa tiba-tiba muncul iklan kat bahagian footer tu eh? Padahal saya tak letak apa-apa iklan pun? Ada sesiapa yang tahu bagaimana nak remove iklan tersebut?. Ada tak you all nampak iklan tu kat bahagian bawah sekali? Blog you all ada tak mengalami nasib yang serupa? Fuuuhh, banyak soalan pula saya ni. Oppps! Hampir jam 4.00pagi. Kejap lagi subuh. Jumpa lagi di entri seterusnya.

P/S : Kalau browse pakai Firefox, ads tu tak timbul. Google Chrome browser je yang pening..

Salam kembali buat readers yang tersayang. Terlebih dahulu terima kasih yang tak terhingga kerana sudi singgah dan tinggalkan komen didalam blog yang terlalu lama telah diabaikan lantaran kesibukan yang tak putus-putus melanda diri ini. Masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua (meskipun sudah agak lewat he he). Masing-masing punya azam baru dan tak kurang pula yang masih belum menyempurnakan azam di tahun-tahun yang lepas (termasuk saya sendiri hu hu).
Sudah tiba masanya untuk saya fokus kepada blog dan aktiviti mendoodle setelah agak lama saya tinggalkan (In Shaa Allah). Bila lah agaknya??? Kerinduan semakin menebal dan jeles pula melihat doodle geng-geng bloggers yang semakin meletup dan meng’TOP!. Keep it up dear!
Tidak lama lagi lagi blog ini akan menyambut harijadi nya yang ke 2 tahun. Plan nak tukar layout awal tahun ni tadi tapi masih belum punya kesempatan. Idea pula semakin terbantut disebabkan terlampau letih. Sampai kat rumah je jam 1-2pagi. Fuuuuhhh…
Sehingga bertemu lagi untuk entri seterusnya sekiranya saya punya kesempatan untuk meng’update blog. In Shaa Allah.
p/s : Terima kasih buat followers yang sudi follow blog ini. Free nanti saya follow back blog you all.

By safiena on Friday, 18-01-2013 at
03:54
270 words in post
















