Assalamualaikum dan bersua kembali. Rasa tak berapa sihat sebenarnya tetapi oleh kerana tak nak mengabaikan blog jadi saya merajinkan diri untuk update entry. Guess what.. Recently, Kitty (Codeislove.net) telah membuat Interview Session untuk blog projek dia. Saya terus accept her great offer sebab saya pun lama juga dah kenal dia dalam arena blogging ni. Kalau tak silap dalam tahun 2009. Kitty ni berasal dari Brunei Darussalam. Walaupun tak pernah meet in person, I believe she is a nice person and very friendly. Kalau tak percaya, visit her blog at Codeislove.net. Really salute dengan gaya penulisannya!

Comel kan blog dia? Ikuti entri mengenai Interview Session disini. Thank you once again Kitty!
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis disepanjang penglibatan saya dalam dunia blog. Berpeluang mengenali bloggers dari segenap pelusuk dunia. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini saya blog dengan menggunakan English. Rata-rata pengunjung blog dari negara Filipina dan tak kurang juga dari negara barat. I really missed them especially Sis Luana dan karektor animasi nya Buzz of Toy Story. Begitu juga dengan rakan bloggers yang lain. Dan Kitty adalah salah seorang daripada mereka dan syukur alhamdulillah kini kami dipertemukan semula. Siapalah Safiena tanpa blog nya.
Kepada bloggers diluar sana, janganlah mensia-siakan bakat menulis blog anda kerana anda akan dikenang sampai bila-bila. Last but not least, Al-Fatihah buat rakan bloggers yang telah pergi menemuiNya. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

By safiena on Wednesday, 18-04-2012 at
23:23
334 words in post
















