AMARAN KERAS : Sila baca sampai habis hehehe
Jam telah menunjukkan jam 1.31pagi ketika saya menaip entri ini. Seperti biasa selepas ‘mengacau dodol’ saya mesti akan menuju ke dapur mencari barang makan. Oh biskut tiger ku! Sudah menjadi rutin kalau lapar ditengah malam biskut tiger dan nestum 3 in 1 mesti akan dijadikan santapan. Kalau perut lapar payah gak nak lelapkan mata. Jadi elok lah minum nestum 3 in 1 ataupun minum susu. Watak nestum dan biskut tiger tu hanya watak sampingan sahaja ye. Hi hi. Saja nak buat saspen.

Nak dijadikan cerita, ketika asyik mencuci bekas minuman, tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara perempuan menangis. Pada mulanya saya ingatkan peti televisyen yang buat onar jadi saya tak kisah lah. La la la.. sambil meneruskan aktiviti didapur tanpa menghiraukan suara tersebut.
Selang beberapa minit suara itu datang lagi. Alaaahaaaii, apa pula ni?? Saya cuba untuk tidak memikirkan sesuatu yang boleh meremangkan bulu roma. Tapi sah! Suara itu memang bunyi perempuan menangis. Siapa pula yang menangis lepas tengah malam ni??? Saya cuba tenangkan hati dengan membaca Ayat Kursi. Ya Allah, minta dijauhkan benda-benda yang tak baik.

Dengan tidak membuang masa lagi saya terus berlari-lari anak kucing menuju ke bilik tidur mencari Encik Suami. Fuuhh.. nasib baik Encik Suami belum tidur lagi. Lantas saya tarik tangan dia untuk bersama dengan saya mendengar apa yang saya dengar sebentar tadi. Ternyata suara itu masih ada! Makin lama semakin jelas.
Kami memberanikan diri menjenguk dari celah jendela. Korang nak tahu apa yang kami nampak??? Klik bawah untuk tahu apa.

By safiena on Saturday, 30-03-2013 at
18:24
400 words in post
















