Assalamualaikum dan hai semua. Fuuuhhh, agak lama dah tak update blog. Saya tengok pun rumah labah-labah dah semakin bertambah. Dengan debu dan habuk lagi tu. Gatal hidung dibuatnya. Haisshh, tak nak buang masa lah. Sambil taip entri sambil lap-lap kan debu. Boleh??
Apa yang berubah? Yaaayy, blog dah berwajah baru. Untuk menyambut kedatangan bulan Mei ini dirasmikan dengan baju baru untuk blog, misi dan visi yang baru. Dan semakin bertambah sibuk sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, rezeki.

Perkembangan terkini? Tahniah pada diri sendiri kerana dah berjaya menghasilkan doodle dengan menggunakan Adobe Illustrator. Tapi masih belum sharp lagi kerana tool yang saya gunakan agak tak sesuai. Masih agak blur untuk drag garisan(path) tu. Jadi saya hanya mengikut rentak mouse dan kena hati-hati untuk mengelakkan garisan tu tak cun. Ternyata melukis dengan AI ni lebih cantik lagi. Cuba dan cuba lagi! Tak nak putus asa! Dan kepada sesiapa yang request tutorial tu, saya minta maaf banyak-banyak sebab dalam bab bagi tutorial ni memang FAIL SUNGGUH. Bukan cokot dengan ilmu ye adik sayang.
Dan dibawah ini pula tempahan dari customer yang request nak lukis icon/maskot untuk produk aiskrim. Pada mulanya saya agak blur dan lukis lain dari watak yang telah disenaraikan. Padahal, gambar-gambar icon itu adalah untuk kerja pembentangan untuk icon yang akan datang untuk produk aiskrim. Mereka nak bentang depan Tutti Frutti!. Eh! Biar betul. Inshaa ALLAH kalau icon tu terpilih illustrasi tu akan dijadikan maskot. Layak ke?

Okay, sekian dulu update untuk kali ini. Jumpa next update ye. Inshaa ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera bersua kembali. Terima kasih sebab sudi join My First Give Away Menangi Doman dan cute stuffs. Alhamdulillah, sekarang sudah mencecah 20 orang peserta dan dengan sendirinya GA ini berlanjutan sehingga 20 Ogos 2012 ini. Jangan lupa klik SINI kerana pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tersebut. Ajak lah rakan-rakan bloggers yang lain untuk join ramai-ramai sambil kita berkenalan di arena blogging ini.
Entri kali ini saya nak bagi freebies doodle untuk semua pengunjung yang setia. You all boleh buat apa saja samada nak dibuatkan header blog ataupun ‘graphic saying‘ seperti contoh dibawah.


Right-click imej doodle dibawah kalau nak save. Jangan lupa bagi kredit ya. Sudi-sudilah tinggalkan komen kalau dah ambil. Hope you will like it.



By safiena on Thursday, 02-05-2013 at
15:40
311 words in post
















