Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini nak buat review pasal game yang teramatlah comel tahap gaban. *pengsan!
Apa nama game tu? LINE PLAY. Mula-mula Nieza yang cadangkan kepada saya untuk install game tu dalam Android. Bila dah kaki game ni memang tak nak miss main game yang superb awesome ni! Ternyata menyerlah kecomelan nya. Daripada avatar sehinggalah ke stuffs kat dalam game tu. Thanks Nieza sebab suggest game ini.

Okay, apa yang menarik pasal game ni? Selain dari bermain game kita juga dapat chat, message dan call (*free je) dengan sesiapa sahaja yang bermain game ni kat seluruh negara. Siap ada CHATROOM lagi tu. Tetapi.. ada tapinya kena online dulu baru dapat akses game ni. Kalau tak ada full internet akses memang tak dapat akses semua tu. Dan kalau nak beli stuffs(comel-comel belaka!) korang kena kumpul gems banyak-banyak. Apa itu gems?. Gems ni lebih kurang macam coins yang kita gunakan untuk shopping dan tukar outfits avatar kita. Dalam sehari cuma sekali sahaja dapat kumpul gems. Macam mana nak kumpul tu eh?. Dengan melawat jiran-jiran kita dah dapat kumpul gems dan bagi heart kat diarong. Nieza adalah salah seorang jiran comel saya tu. Hi hi..
Saya sempat re-draw doodle avatar yang saya gunakan dalam game LINE PLAY. Nama yang saya gunakan dalam game tu adalah Safiena. Sesiapa yang ada bermain tu sila-sila lah search dan add ye. Invitation Code : NY-4436-1603
Jom kita lihat print screen yang sempat saya capture. Sesiapa yang ada Android try la search keyword “LINEPLAY” dalam Google Playstore.
Sekian dulu short review untuk game LINE PLAY. Saya bagi 4 STARS!

Assalamualaikum dan hello semua…
Addicted to FB games? Itulah yang berlaku pada diriku sejak dua menjak nih. Recently, game The Sims Social baru jer launching. Sebelum ni memang dah ada cuma masih dalam maintenance. Certain countries jer dapat main. Aku pun officially baru dapat main game tu semalam. Wah.. wah bukan main seronoknya aku ye!
Kalau The Sims memang faveret PC game aku. Paling best The Sims 3 sebab grafik dia cantik sangat.

Mula-mula tu memang setakat 65% jer dapat loading. Refresh lagi terus dapat error. Pastu cakap still under maintenance. Alahaaii.. punyalah sengsara tunggu game nih launching.
Dan akhirnya, inilah screenshot rumah The Sims ku yang masih baru. Belum cukup duit untuk beli perabot mahal-mahal.. The Sims ni ala kadar jer sambut Hari Raya tahun ni..

Nah.. ini pula imej The Sims aku dalam game tu. Imej berambut pendek yang comel. Aku terlupa nak letak aksesori cermin mata dia. Amboi amboi bukan main semangatnya dia.. Kalau dilihat pada gambar kawasan rumah tu, agak menyemak sebab masih ada semak-samun yang belum sempat ditebas. Yelah, sebab tak cukup energy. Tu yang parah main game yang pakai energy. Neighbor pun masih belum cukup untuk unlock items. Kepada sesiapa yang main game nih, sudi-sudikanlah meng’add aku dalam FB.
Ok, sampai sini dulu yang aku dapat update. InsyaAllah sehingga diketemukan lagi dalam entri yang seterusnya. Buh-bye! Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri yang boring ini..

By safiena on Thursday, 04-04-2013 at
14:43
416 words in post
















