Cute Spinning Flower Red Doodles « Pink is ♥ com ~ Safiena
22
comments
Sep
5
It’s been a while…
By safiena on Wednesday, 05-09-2012 at 23:02 255 words in post 22 sweeties - Filed under category Doodles

Alhamdulillah, dah masuk bulan September dan tak lama lagi tahun pun dah nak berganti. Ok, straight to the point. Pemilihan untuk pemenang First Give Away Domain and Cute Stuffs sedang dalam proses. Perlu ditekankan disini, blog yang telah diset open to invited readers akan terkeluar secara automatik (sila hubungi saya secepat mungkin sekiranya tidak mahu dikeluarkan). Setiap keputusan adalah MUKTAMAD! dan keputusan akan diumumkan pada 15 SEPTEMBER 2012 ini. Diharap para peserta sabar menunggu ye..

Hurmm, bila lah agaknya blog ni nak bertukar wajah. Jeles pula tengok blog teman-teman yang lain dah semakin comel dan mantap. Tablet pun dah dipenuhi debu sebab lama dah tak terusik hi hi.. Tempahan untuk doodle masih ditutup dan akan dibuka sehingga akan diberitahu. Rindu gak nak lukis doodle. Hu hu..

Kepada sesiapa yang ada mengajukan beberapa pertanyaan kat tagboard, saya minta maaf banyak-banyak sebab membiarkan soalan tergantung tak bertali. Apa-apa pun you all bolehlah inbox kan soalan tu kat Facebook Oh!Gerlie Doodle.

Sebelum itu, saya nak hadiahkan salah satu koleksi doodle. Korang boleh buat apa saja. Hi hi.. Ok, tata..

P/S : Jangan lupa tinggalkan komen ye kalau nak ambik doodle ni.. Teringin gak nak tengok owner baru doodle tu :P

22 sweeties komen sini




11
comments
Aug
15
Kad Raya dari sahabat blogger
By safiena on Wednesday, 15-08-2012 at 01:51 224 words in post 11 sweeties - Filed under category Doodles, Life, Read

Alhamdulillah dan terima kasih diatas kiriman kad raya yang superrrr comel dari Sis Dysha. Memang awesome dan comel. Kalau tak percaya tengok lah sendiri. Dikesempatan ini juga saya nak memohon kemaafan sekiranya ada kekasaran bahasa disepanjang pergaulan kita (walaupun tak pernah meet ini person) samada secara sengaja mahupun tak sengaja.

Buat Sis Dysha, semoga persahabatan kita kekal selamanya dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat sis sekeluarga. Tulisan dia comel sangat!! InsyaALLAH, kalau ada jodoh kita akan jumpa in person. Kirim salam kat family Dysha. Thank you once again dear. Love you too sis!

Memandangkan saya terlalu sibuk dengan kehidupan offline, saya tidak berkesempatan nak design doodle untuk kad raya. Terasa jeles bila lihat rakan-rakan yang lain buat kad raya berkonsepkan doodle sendiri. Sungguh kreatif!

Walaupun sekarang ni ada bermacam cara nak bagi kad tapi saya prefer lagi dengan cara klasik iaitu hantar pakai pos. Boleh juga dibuatkan koleksi dan dijadikan kenangan kan?

Soalan bonus : Anda pula bagaimana? Prefer cara moden atau klasik? Setakat ni berapa kad Raya yang dah dikumpul?

11 sweeties komen sini