Cute Spinning Flower Red Doodles « Pink is ♥ com ~ Safiena
8
comments
May
20
Buah tangan a.k.a fruit hand
By safiena on Monday, 20-05-2013 at 17:05 327 words in post 8 sweeties - Filed under category Doodles, Freebies

Fruit hand? Kalau direct translate memang lah jadi buah tangan kan? Apa kena mengena buah tangan dengan entri kali ini? Biasanya kalau kita menziarahi orang mesti kita akan bawa buah tangan kan.. Ada yang bawa buah limau, buah epal, jambangan bunga dan macam-macam lagi lah. Haa yang itu nak melawat orang sakit kat hospital. Tapi ini berbeza pula. Okay, terus kepada isi berita he he..

Sebenarnya ‘buah tangan’ yang saya maksudkan adalah FREEBIES. Gotcha! Saspen kan? (Kalau ada unsur saspen lah..) Lama juga saya dah tak buatkan freebies untuk pengunjung dan followers setia blog ini. Kebetulan tadi saya belek-belek folder doodle yang dah lama tersimpan dalam peti. Dan terjumpa doodle ni. Daripada biarkan dia terkurung macam tu je jadi saya buatkanlah freebie untuk you all. Buatlah apa-apa je dengan doodle itu dan saya dah sediakan ruang kat bubble text tu untuk korang type apa saja. Maaf simple sangat.Harap korang suka. Terima kasih sekali lagi kerana setia mengunjungi dan komen setiap post entri. Komen sweeties semua adalah amat dihargai.

Dan ini pula kepala doodle je. Ada bermacam warna. Pilih lah mana satu idaman kalbu. Have fun!





8 sweeties komen sini