Assalamualaikum dan salamm bersua kembali..
Kini blog ku berwajah baru dan telah mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan dan edit kod sini sana. Simple kan? Puas hati sangat! (Mode : Perasan sorang)..

Apa kena mengena dengan topik diatas?? Vampire? Sebenarnya kelawar yang masuk dalam bilik.. Saspen kan? Yelah, kan kelawar selalu dikaitkan dengan vampire si penghisap darah. Ala-ala cerita Draculla atau dalam version moden Twilight gitu-gitu. Punya lah terkejut bila lihat sang kelawar sudah bergayut kat lampu bilik. Opocot! Dari mana datangnya bintang tu? Dengan sepantas SuperMak aku terus tutup pintu bilik untuk mengelakkan ia dari terbang dalam segenap ruang rumah.. Fuhhh, nasib baik dalam bilik tetamu. Semasa nak tutup pintu tu aku sempat berteriak sebab tak pasal-pasal binatang tu terbang nak attack aku.. Cantik punya muka!.. Berjaya akhirnya aku tutup pintu. Kita tak berani nak halau sebab terpaksa tunggu orang yang berani (kira SuperHero la) untuk nyah binatang tu dari bilik.. Aku sempat imagine binatang tu landing kat tengkuk lalu hisap darah! Ohh tidakk!!

Picture credit to National Geographic. Untuk info yang lebih details lagi pasal kelawar sila klik link National Geographic.
Preeeet! Cukuplah untuk aku membebel kali ini. Jari dah lenguh asyik ketak-ketuk keyboard dari pagi tadi. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membaca. Sekian dulu daaaa…..

Komen anda adalah amat berharga :) Sentiasa comel selalu!
20 May | 8 comments
19 May | 2 comments
13 May | 6 comments
03 May | 12 comments
02 May | 10 comments
Filed under 















